Stesen minyak ‘antik’ kekal jadi pilihan penduduk sekitar Johol
KUALA PILAH: Walaupun hanya mempunyai dua pam dan struktur premis berkeluasan kira-kira dua meter persegi sahaja namun stesen minyak dipercayai berusia lebih 100 tahun di pekan Johol di sini, tetap menjadi pilihan penduduk.
Tidak hanya penduduk di sekitar Johol bahkan, penduduk berhampiran juga selesa menggunakan khidmat stesen ‘antik’ kerana didakawa lebih ‘santai’.
Zainuddin Ismail, 61, dari Air Mawang, Johol berkata, dia sudah mula mengisi minyak di lokasi bersejarah itu sejak masih muda.
“Lebih selesa di sini, di sini tidak banyak kenderaan sangat berbanding di tempat lain. Walaupun sudah lama stesen minyak ini tetap ada pelanggan setianya kerana inilah satu-satunya stesen minyak di pekan Johol.
“Saya harap ia dapat dikekalkan memandangkan nilai sejarahnya sangat berharga sama seperti bangunan bersejarah di sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Salah seorang pekerja stesen minyak itu, R. Mary Agnes, 46, berkata, dia tidak pasti usia sebenar stesen minyak berkenaan, namun ia adalah perniagaan keluarga yang diwarisi sejak turun temurun.
Malah menurutnya yang sudah bekerja kira-kira 10 tahun, kemudahan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya penduduk setempat yang kebanyakkan membeli minyak dalam jumlah yang kecil.
“Biasa motosikal isi RM2, RM3 sahaja. Tetapi setiap hari ada sahaja pembeli dan kebiasaannya waktu yang agak ramai pada tengah hari iaitu ketika ibu bapa atau penjaga mengambil murid dari sekolah.
“Saya harap stesen minyak ini dapat dikekalkan kerana sepanjang saya bekerja di sini, saya lihat ramai yang teruja mengambil gambar di sini. Pengantin pun ada ambil gambar di sini disebabkan pekan ini, pekan lama, penuh nostalgia buat mereka,” katanya.
Difahamkan, stesen minyak Chop Huat Hin di Jalan Besar, pekan Johol ini dibina sebelum merdeka dan pernah dikatakan akan ditutup pada 1 Mac 2010. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source