Badan Suami Syura Terbakar Tahap Kedua Akibat Letupan Tong Gas
Penyanyi Syura Badron berkongsikan suaminya melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis pada Jumaat lalu.
Memetik Harian Metro, Syura berkata kejadian itu turut menyebabkan anggota tubuh badan suaminya itu terbakar tahap kedua.
“Sepatutnya saya yang berada di tempat itu, tapi dia pula yang melalui ujian ini. Syukur Allah melindungi saya dan anak ketika letupan itu berlaku. Kami tidak berada di laluan kawasan itu.
“Cuma sekarang ini saya tak sampai hati nak melihat keadaan suami yang mengalami melecur teruk terutama di bahagian kaki dan muka,” katanya.
Sementara itu, Syura berkata suaminya itu dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius namun bimbang jika mengalami jangkitan berikutan deman hari ini.
“Selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Perlis dan dibawa ke Alor Setar, Kedah untuk menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran, saya nekad untuk membawanya pulang dan menerima rawatan di sini.
“Lagipun di sini dekat dengan ahli keluarga. Kami ke sana pun sebab berniaga. Setakat ini dia dilaporkan stabil, tapi hari ini dia mengalami demam. Saya cuma risau jika dia mengalami jangkitan saja,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source