Tak sempat lihat Nur Ardieana naik pelamin
KOTA BHARU – Salah seorang daripada tiga beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Sungai Lerek, Setiu di Terengganu dijangka melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember depan.
Nur Ardieana Kamarudin, 30, yang merupakan juruwang di sebuah pasar raya bersama ibu dan bapanya, Kamarudin Ibrahim, 55, dan Maimunah Mat Isa, 54, terkorban apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu wanita itu bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Telipot, di sini hari ini.
Adik kepada Kamarudin, Nor Syahida, 38, berkata, persiapan majlis perkahwinan Nur Ardieana yang merupakan anak saudaranya itu hampir selesai.
Menurutnya, jemputan telah dibuat malah pelamin dan makanan untuk majlis itu juga sudah ditempah.
“Boleh dikatakan semua persiapan termasuk tempahan baju pengantin juga telah dibuat.
“Saya rasa sedih kerana abang saya tidak sempat melihat anaknya berkahwin dan melihat menantu pertamanya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Telipot, di sini hari ini.
Nor Syahida memberitahu, dia mengetahui kejadian menimpa keluarga abangnya itu kira-kira pukul 7 pagi tadi selepas dihubungi Mohd. Syahidin, 31, yang sebelum itu dimaklumkan oleh pihak polis. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source