Struktur perjawatan, tambah baik skim KP Imigresen
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini diperingkat akhir bagi memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen (KP).
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya prihatin akan perkembangan pembangunan kerjaya untuk skim KP.
Beliau berkata, sebelum ini, beberapa siri perbincangan telah diadakan antara KDN dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan berkaitan ruang kerjaya lebih baik buat skim ini.
“Buat masa ini jawatan tertinggi skim KP adalah di gred 54 namun, JIM memohon untuk dipertimbangkan sehingga gred Jusa B dan diikuti dengan gred-gred yang lain seperti Jusa C.
“JIM juga mahu bilangan perjawatan bagi skim KP ini diperluaskan kepada jawatan-jawatan strategik lain seperti jawatan Pengarah Negeri, Pengarah Bahagian dan Atase Imigresen,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.
Katanya, penambahbaikan skim KP itu penting bagi memenuhi keperluan di kaunter perkhidmatan, pintu masuk dan lain-lain tempat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source