Piala Malaysia: KDA FC tewaskan KL City
ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas KL City di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini meskipun beraksi tanpa beberapa pemain utama.
KDA FC terlebih dulu mendatangkan ancaman buat pasukan pelawat apabila sepakan percuma diambil kapten pasukan, Sony Norde dari jarak kira-kira 30 meter hanya sedikit tersasar pada minit ke-2.
Seakan terkejut dengan ancaman awal itu, KL City kemudiannya membalas dengan melakukan serangan bertubi-tubi hingga mereka berjaya membuka jaringan menerusi rembatan deras Ryan Lambert dari luar kotak penalti pada minit ke-12.
Gol itu bagaimanapun gagal membunuh semangat Sang Kenari apabila mereka bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-12, menerusi Sony yang terlebih dulu menewaskan beberapa pemain, sebelum melepaskan rembatan deras menggunakan kaki kanan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol KL City, Azri Ghani.
Seakan langsung tidak terganggu dengan masalah melanda pasukan, Sony sekali lagi meledak apabila menghasilkan gol kedua pada minit ke-29 setelah dia yang tidak dikawal, melepaskan rembatan leret dari dalam kotak penalti untuk gol kedua tuan rumah.
Gol ketiga itu terhasil apabila penyerang import dari Ghana, Ebenezer Assifuah bijak membuat hantaran lolos kepada Sukhrob Nurulloev untuk pemain sayap lincah dari Uzbekistan itu melakukan sungkitan dari dalam kotak penalti, bagi menewaskan Azri Ghani dalam kedudukan satu lawan satu.
Belum pun sorakan penyokong tuan rumah reda, pemain tengah KL City, Jovan Motika kembali menghidupkan cabaran pasukannya apabila melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-72. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source