Posmen melecur terkena letupan litar pintas suis rumah
MARANG – Seorang posmen melecur pada bahagian muka dan tangan selepas berlaku letupan yang memusnahkan sebahagian besar struktur bumbung rumah teres setingkatnya di Taman Emas Murni 2, Sungai Kerak di sini hari ini.
Letupan yang mencederakan lelaki berusia 37 tahun pada pukul 6 petang itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pada suis pendingin hawa terdapat di dalam rumah tersebut.
Jiran mangsa, Amira Husni Talib, 35, mendakwa terdengar letupan yang sangat kuat sewaktu sedang berehat di dalam bilik tidur.
“Suami yang berada di luar rumah segera meminta saya dan dua anak berusia empat dan tujuh tahun segera keluar rumah bagi menyelamatkan diri.
“Sebaik keluar rumah, saya nampak jiran saya (mangsa) yang baru pulang kerja dalam keadaan mengerang kesakitan dengan sebahagian anggota badannya melecur dan berlumuran darah,” katanya Taman Emas Murni 2, Sungai Kerak di sini hari ini.
Amira Husni berkata, letupan itu turut menyebabkan sebahagian struktur ruang tamu dan dapur rumah serta dinding rumahnya rosak.
Sementara itu, Ketua polis Daerah Marang, Superitenden Mohd Sufian Redzuan yang dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, mangsa yang melecur tahap dua telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.
“Punca sebenar letupan itu masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati berlaku kebakaran di ruang tamu dan bilik tidur rumah mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source