WHO bimbang situasi kritikal hospital di Gaza
GAZA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan mendalam terhadap hospital-hospital yang masih beroperasi secara terhad di utara Gaza yang dilanda perang.
Pengarah sebuah hospital malah menyifatkan keadaan itu sebagai ‘bencana melampau’.
“Kami sangat, sangat bimbang. Bantuan semakin sukar disalurkan. Malah, semakin sukar membawa masuk pakar perubatan ketika keperluan semakin meningkat,” kata Jurucakap WHO, Margaret Harris kepada wartawan di Geneva.
WHO memberi tumpuan khusus kepada Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, yang kini menjadi tumpuan serangan tentera Israel terhadap Hamas dan kumpulan pejuang Palestin sejak bulan lalu.
Pengarah hospital itu, Dr. Hossam Abu Safiyeh berkata melalui telefon kepada AFP, keadaan di utara Gaza adalah bencana yang melampau sehingga pesakit meninggal dunia akibat kekurangan bekalan perubatan dan kakitangan.
Dr. Hossam turut mendedahkan hospitalnya menjadi sasaran berkali-kali oleh tentera penjajah, termasuk serangan terkini, Isnin lalu.
“Ramai kanak-kanak dan warga emas tiba dengan masalah kekurangan zat makanan,” tambahnya.
Beliau turut menuduh Israel menghalang kemasukan makanan, air, kakitangan perubatan, dan bahan keperluan ke wilayah utara Semenanjung Gaza.
Sementara itu, badan pentadbiran awam Kementerian Pertahanan Israel, COGAT menyatakan usaha kemanusiaan yang diketuai COGAT dalam bidang perubatan masih diteruskan.
Menurut COGAT, sebanyak 1,000 unit darah dihantar ke Hospital Al-Sahaba di bandar Gaza, kawasan di luar operasi ketenteraan Israel.
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) dalam kemas kini terbaharu mengenai situasi di utara Gaza menyatakan akses ke Hospital Kamal Adwan, Al-Awda dan Indonesia terus disekat secara serius dengan kekurangan bekalan perubatan, bahan api dan unit darah yang kritikal. -AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source