Cadangan sekat pinjaman, biar PTPTN putuskan – Zambry
GOMBAK – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir akan menyerahkan sepenuhnya kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan langkah terbaik bagi membiayai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa hadapan.
Jelas beliau, pihak kementerian tidak boleh campur tangan dalam urusan berkenaan kerana setiap keputusan dan pandangan sudah dibincangkan berpandukan mesyuarat yang diadakan oleh PTPTN.
“Saya jamin langkah yang dilakukan PTPTN juga adalah berdasarkan perkiraan yang teliti dan tidak kejam, sebaliknya akan mengambil kira apa saja situasi yang dihadapi oleh pelajar. Saya tidak mahu mengupas atau mengulas lanjut kerana PTPTN akan mengeluarkan kenyataan rasmi nanti.
“Biarlah mereka mengeluarkan kenyataan berdasarkan mesyuarat yang sudah diadakan dan pandangan yang sudah diberikan melalui mesyuarat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke 40, hari ini.
Terdahulu, akhbar melaporkan, cadangan untuk menghentikan pembiayaan PTPTN kepada kursus universiti yang merekodkan kadar bayaran balik yang rendah dan tidak menggalakkan bayaran balik dalam kalangan peminjam.
Tambah Zambry, semua pihak seharusnya tidak membuat sebarang kesimpulan terlebih dahulu kerana PTPTN melihat semua aspek dalam perkiraan yang dilakukan.
Jelasnya, PTPTN sebelum ini telah banyak menerima pelbagai cadangan daripada pelbagai pihak dengan cadangan menyekat pinjaman dari bank untuk hartanah dan kenderaan serta sekatan ke luar negara.
“Mana yang baik kita ambil tetapi kita tidak mahu menjadi sebuah institusi yang kejam dan tiada perasaan, membuat tindakan tanpa ada usul periksa terhadap kedudukan peminjam,” ujar Zambry. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source