Sumber minyak, gas Semenanjung berkurang 50 peratus
KOTA BHARU: Kerajaan mengakui sumber minyak dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus dalam 10 tahun lalu sekali gus menyukarkan Pusat untuk mengagih dan menentukan peruntukan ke negeri-negeri.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebelum ini sumber asli itu memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan kini hanya terdapat di Sabah dan Sarawak.
“Di sebelah Semenanjung kita memang semakin kehabisan minyak dan gas. Lima hingga 10 tahun lepas, pengeluaran kita adalah sebanyak 700,000 tong sehari tetapi sekarang hanya 350,000 tong sehari.
“Dalam tempoh 10 tahun sudah berkurangan separuh dan ia akan terus berkurangan dengan lebih cepat,” katanya semasa berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK 13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pandan Indah itu berkata, Malaysia kini mengimport sebanyak 30 peratus sumber gas untuk menjana elektrik dalam industri dan jika tidak berhati-hati, Malaysia mungkin terpaksa terus bergantung kepada negara asing untuk memperoleh sumber tersebut.
Katanya, terdapat juga usaha untuk mempertimbangkan kembali pengagihan pendapatan dari sumber minyak serta gas di Sabah dan Sarawak namun agak sukar kerana buat masa ini, ia digunakan bagi memenuhi tuntutan serta penggunaannya di kedua-dua negeri itu.
“Selain itu, sebahagian besar sumber ini memang dieksport ke luar negara dan terikat dengan perjanjian jangka panjang dengan pembeli-pembeli,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source