“Tak Adil Untuk Saya & Syarikat”
Pelawak dan usahawan sensasi, Shuib berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengeluarkan kenyataan fitnah membabitkan syarikat miliknya, Bubblebee Sdn Bhd.
Memetik Harian Metro, Shuib berkata, tuduhan dilemparkan individu tidak berasas serta mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit.
“Jika kesan tidak baik dan boleh mengakibatkan kerugian, perkara itu tidak adil untuk saya dan syarikat memandangkan tuduhan itu tidak berasas. Perniagaan saya ini membabitkan pelabur dan urusan perniagaan yang mencecah jutaan ringgit,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkata dia sudah biasa berdepan dengan individu yang disaman dan akhirnya mereka hanya tertunduk malu kerana sedar akan kesalahan mereka.
“Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terbabit akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaan terketar-ketar.
“Saya tidak mahu melakukan perkara sebegini, tetapi sekiranya saya tidak melakukan, mereka akan fikir mereka adalah golongan bijaksana dalam berkata-kata. Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila membabitkan syarikat, saya perlu ambil tindakan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source