Bagnaia heret penentuan gelaran dunia esok
BARCELONA – Pelumba Itali, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia mengheret petarungan gelaran dunia hingga ke penghujung pusingan sebenar malam esok selepas memperagakan aksi cukup dominan dengan menjuarai perlumbaan pecut di Grand Prix Barcelona sebentar tadi.
Pendahulu kejuaraan, Jorge Martin yang mencari kemenangan pada perlumbaan pecut itu untuk mengesahkan gelaran dunia sulung tidak kesampaian apabila hanya sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketiga selepas dipintas saat akhir oleh rakan sepasukan Pecco, Enea Bastianini.
Dengan kemenangan itu, Bagnaia terus memberi tekanan kepada Martin apabila kembali merapatkan kedudukan dan kini hanya dipisahkan 19 mata di belakang pelumba Pramac tersebut.
Bagaimanapun, Martin mengakui dia tidak akan berputus asa dan akan berjuang habis-habisan untuk memastikan impiannya untuk menjulang gelaran dunia MotoGP 2024 tercapai.
“Terima kasih kepada Enea (Bastianini) kerana pertunjukan yang hebat kerana itu adalah perlumbaan yang luar biasa. Anda tahu, hari ini perkara yang penting adalah untuk berlumba seperti biasa, jadi saya buat perkara yang sama.
“Saya berlumba, saya menyerang, saya cuba lagi, jadi saya lakukan yang terbaik. Saya yakin esok akan jadi cerita yang berbeza.” kata Martin.
Pada perlumbaan esok, Bagnaia akan memulakan saingan di petak utama selepas mempersembahkan aksi cukup baik dalam sesi kelayakan dengan catatan satu minit 38.641 saat (s) manakala pelumba Aprilia, Aleix Espargaro berada di petak kedua.
Melengkapkan barisan hadapan di petak ketiga adalah pelumba Gresini Racing, Marc Marquez dan Martin akan memulakan perlumbaan di petak keempat. -AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source