Perut Lapar? Kunjungi Dua Tempat Makanan Halal Ini Ketika Melancong Ke Taiwan
Kalau pergi melancong tempat makan lah yang kita nak sangat cari kan? Yer lah takkan nak melancong dengan perut kosong pulak kan. Boleh bad mood jadinya!
Sesetengah orang sangat particular dan menitik beratkan tentang makanan. Nak pulak bagi yang beragama Islam, semestinya mahukan makanan yang halal. Kesedapan makanan tu dah jadi nombor dua dah. Asalkan dapat mengeyangkan perut dan halal! Tapi kalau dapat dua benda penting ni, memang bonus lah!
Ingat, pastikan anda datang awal kerana beef noodle di sini selalu sold out sebelum waktu malam.
Buat anda yang mahu menikmati juadah tersebut, datanglah ke Chang’s Halal Beef Noodle Shop yang terletak di Taipei kerana dijamin halal dan sedap!
Alamat: No. 21, Yanping S. Rd., Zhongzheng Dist., Taipei City, Taiwan (Berdekatan MRT Beimen Station exit no.2)
Yunus Halal Restaurant
Menu di Restoran Halal Yunus ini sememangnya dianggap agak lazat, dengan hidangan seperti tom yam, ikan stim, telur dadar dan makanan laut dikatakan sangat segar dan rasa pun sedap!
Bukan itu jer, nasi goreng dan ayam goreng juga turut mendapat review positif untuk rasa dan penyediaannya.
Restoran ini terletak berhampiran dengan Taipei Arena (Nanjing E.Rd MRT) dan menyajikan pelbagai lagi makanan Asia. Ia juga mempunyai ruang solat untuk anda menunaikan solat di sini.
Alamat: No. 36, Beining Rd, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
Jadi, janganlah teragak-agak untuk datang ke Taiwan ni gais. Bukan makanan halal jer yang mudah dicari, malah terdapat banyak fasiliti mesra muslim di sini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source