“Kita Pakai Sebab Kita Suka, Bukan Nak ‘Impress’ Orang” – Adira Tampil Pertahankan Andika Isu ‘Old Money’
Baru-baru ini tular sebuah video yang telah dimuat naik oleh pempengaruh, Andika Putera memaparkan dia memakai pakaian bertemakan fesyen ‘Old Money’ yang telah mendapat perhatian netizen.
Adira pertahankan Andika Putera
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi tampil mempertahankan Andika Putera setelah dikecam dan dipertikaikan gerakannya iaitu ‘Old Money Club’.
Menerusi hantaran yang telah dibuat di Instagram akaun milik Andika Putera, Adira menjelaskan bahawa trend memakai baju bertemakan ‘Old Money’ ini sudah ada dari dulu cuma sekarang fesyen itu diangkat semula.
Siapa-siapa tak kisahlah berduit ke tak berduit ke, kalau you suka, you buatlah. Simple macam tu je.
Kadang-kadang kita pakai tu sebab kita suka, bukan sebab nak impress orang.
Menerusi ruangan kapsyen, pempengaruh itu menjelaskan dia tidak menafikan bahawa ‘Old Money’ ini adalah gelaran untuk orang yang mewarisi kekayaan turun temurun namun dia ingin mengetengahkan cara mereka berpakaian dan cara mereka berfikir.
Yes, tak ada siapa yang menidakkan yang Old Money ni adalah gelaran untuk orang yang mewarisi kekayaan turun temurun.
Tapi apa yang Dika nak ketengahkan adalah bagaimana pemakaian mereka, lifestyle mereka, dan bagaimana cara mereka berfikir. Itu yang cuba untuk diikutkan dan diaplikasikan dalam hidup.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, di mana terdapat segelintir yang masih mempertikaikan dan ada juga yang menyokong mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source