Jenazah Tun Daim selamat dikebumi
KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1 kira-kira 6.06 petang tadi.
Lebih 200 orang hadir memberi penghormatan terakhir termasuk ahli keluarga arwah, rakan-rakan politik dan sahabat handai.
Jenazah Allahyarham terlebih dahulu disolatkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta selepas solat asar. Ia diimamkan oleh anak saudara Allahyarham, Amir Imran.
Solat jenazah turut disertai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyidddin Yassin; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Bacaan talkin disempurnakan oleh Imam kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Muhamad Afandi Che Harun.
Sementara itu, balu Allahyarham, Toh Puan Na’imah Khalid, mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa rakyat Malaysia untuk Daim.
“Kami akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Ini adalah masa sukar untuk kami sekeluarga hadapi.
“Kita manusia kerdil tidak lari dari melakukan kesilapan. Mohon terus doakan agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika ditemui semasa majlis pengebumian.
Semalam, Allahyarham Daim disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source