Anwar dianugerahkan profesor kehormat Universiti Tsinghua
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua baru-baru ini sebagai lambang persahabatan erat antara Malaysia dan China.
Beliau juga menyifatkan penganugerahan juga mencerminkan nilai dan aspirasi bersama yang mengeratkan hubungan kedua-dua negara.
“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih di atas penganugerahan profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua ini.
“Saya menerima penghormatan ini bagi pihak rakyat Malaysia, sebagai simbol persahabatan yang berkekalan antara kedua-dua negara dan aspirasi bersama kita untuk keamanan, kemajuan dan kemakmura,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar telah dianugerahkan profesor kehormat semasa lawatan kerjanya ke China baru-baru ini yang berlangsung di kampus universiti Shanghai pada 5 November lalu.
Universiti Tsinghua yang ditubuhkan pada pada tahun 1911 merupakan antara institusi paling dihormati di China yang cemerlang dengan kemajuan sains, teknologi dan inovasi.
“Saya ingin mengiktiraf tradisi Universiti Tsinghua untuk membina hubungan di seluruh sempadan dan budaya serta warisan yang bermula sejak dari awal penubuhannya.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa profesor kehormat ini menandakan permulaan kerjasama yang lebih besar antara Universiti Tsinghua dan institusi Malaysia,” katanya.
Ujarnya lagi, melalui pertukaran akademik dan budaya, kita dapat memupuk generasi baharu pemimpin yang berasaskan penghargaan yang tulen terhadap budaya, perspektif dan aspirasi masing-masing.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source