400 keluarga B40 Terengganu terima bantuan tunai, bakul makanan YBR
PETALING JAYA – Seramai 400 isi rumah daripada golongan B40 di sekitar Terengganu dibantu secara terus menerusi sumbangan bakul makanan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan jumlah keseluruhan RM60,000.
Selain itu, setiap penerima turut menerima bantuan wang tunai sebanyak RM150 semasa Majlis Penyampaian Ihsan Madani, di Kuala Terengganu semalam.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Faizah Ariffin berkata, bantuan ini difokuskan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dalam kalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.
“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi dan berharap bantuan ini menjadi medium yang efisien dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas harian terbaik untuk anak-anak.
“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung serta sebagai tambahan daripada bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, YBR sentiasa cakna dalam membantu masyarakat dan amat mengalu-alukan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar bantuan seperti ini dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima.
Pada tahun 2024, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source