Tentera Malbatt di Lebanon cedera akibat serangan Israel
SIDON, Lebanon – Beberapa anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) cedera dalam serangan Israel hari ini.
Anggota-anggota UNIFIL cedera apabila tentera Israel melancarkan serangan berhampiran kenderaan yang mereka naiki di bandar Sidon, selatan Lebanon, demikian menurut Agensi Berita Nasional(NNA).
“Pesawat tentera(dron Israel) menyasarkan sebuah kereta di Sidon berhampiran pos tentera,” kata NNA.
Menurutnya, kenderaan-kenderaan pasukan pengaman UNIFIL berada di laluan sama semasa serangan itu yang menyebabkan beberapa askar pengaman cedera.
UNIFIL mengesahkan serangan tersebut dalam satu siaran akhbar hari ini.
Menurutnya, lima askar pengaman yang baru tiba mengalami cedera ringan dan dirawat oleh Palang Merah Lebanon di tempat kejadian.
UNIFIL bagaimanapun tidak mendedahkan negara asal mereka.
Tentera Lebanon pula mengesahkan tiga askarnya yang berada berhampiran pos pemeriksaan itu turut cedera.
Pertempuran sengit telah berlaku di sekitar Sidon dan kawasan Tyre di mana askar-askar dan pesawat Israel telah mengebom kedudukan Hezbollah.
“Petang tadi, konvoi UNIFIL membawa pasukan pengaman yang baharu tiba ke selatan Lebanon dan sedang melepasi Saida apabila serangan dron berlaku di kawasan berhampiran.
“Lima anggota pengaman cedera ringan dan dirawat oleh Palang Merah Lebanon di tempat kejadian. Tentera Lebanon turut mengesahkan tiga askarnya di pusat pemeriksaan berhampiran cedera,” kata seorang jurucakap UNIFIL.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa pasukan Batalion Malaysia 850 – 12(Malbatt 850-13) tercedera dalam serangan tersebut dan maklumat lanjut akan dikemaskini nanti. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source