“Pembeli Perlu Mengimbas MyKad di Stesen Minyak, Hanya Yang Layak Akan Terima Harga Bersubsidi Petrol RON95” – Rafizi Ramli
Kerajaan akan melaksanakan satu solusi bagi penggunaan petrol bersubsidi untuk pihak yang betul-betul layak bermula tahun hadapan.
Menerusi satu hantaran yang dibuat di aplikasi X, ia memaparkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata MyKad boleh digunakan sebagai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol RON95 yang disasarkan.
Rakyat Malaysia yang layak perlu mengimbas MyKad mereka di pam untuk menggunakan petrol bersubsidi tersebut.
Menerusi hantaran video tersebut, kelayakan mereka akan ditentukan melalui data yang disimpan pada pangkalan data ‘cloud’.
Seseorang pembeli akan mengimbas kad pengenalannya di stesen minyak, identitinya itu akan disemak di pangkalan data di ‘cloud’ untuk mengesahkan kelayakan.
“Pembeli perlu mengimbas MyKad di stesen minyak. Mereka yang layak akan menerima harga bersubsidi untuk petrol RON95.” – @rafiziramli#belanjawan2025 #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/igivxVudsk
— Jason Yew (@jasonyew) November 6, 2024
Perkara ini menimbulkan sedikit rasa gusar dalam kalangan netizen kerana ia akan menyebabkan proses mengisi petrol kenderaan menjadi lebih lama daripada sekarang.
Tambahan pula rata-rata netizen sudah mula beralih menggunakan aplikasi untuk membuat pembayaran petrol.
Netizen berharap agar pihak kerajaan dapat pertimbangkan untuk menggunakan aplikasi sedia ada bagi memudahkan proses pembelian petrol bersubsidi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source