Perak FC setuju aksi dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim
IPOH: Perak FC bersetuju dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlawanan Liga Super pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tertangguh sebelum ini dilangsungkan di padang lawan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Ahad ini.
Persetujuan itu terkandung dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pengurusan Perak FC hari ini.
Menurut Perak FC, beberapa perkara teknikal telah dibangkitkan oleh MFL berkaitan home venue bagi pasukan Perak FC untuk melangsungkan perlawanan dengan JDT yang dua kali tertangguh sebelum ini akibat faktor cuaca.
Antaranya, kata Perak FC ialah venue perlawanan yang tidak sesuai untuk digunakan dan lampu limpah yang tidak melepasi piawaian minimum sekiranya perlawanan ditunda ke waktu malam.
Selain itu, adalah berisiko tinggi jika berlaku hujan lebat, juga bagi mengelak perlawanan kedua-dua pasukan terpaksa ditangguh buat kali ketiga.
“Mengambil kira risiko keselamatan perlawanan berprofil tinggi, perlawanan ini perlu dimainkan dan dilengkapkan bagi memastikan undian Piala Malaysia 2024/25 dapat dijalankan.
“Sehubungan dengan itu, setelah pertimbangan dibuat dari segenap sudut serta bagi menghormati pihak penganjur dan pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M), Perak FC bersetuju untuk perlawanan yang ditunda ini dilangsungkan di SSI demi kelancaran perjalanan Liga-M musim 2024/25,” kata Perak FC.
Berikutan pengumuman tersebut, Perak FC menawarkan pengangkutan percuma kepada semua penyokong skuad The Bos Gaurus yang mahu menyaksikan perlawanan di SSI pada Ahad ini.
Menurutnya, penyokong yang mahu menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pasukan Perak di SSI, boleh berhubung dengan Sekretariat Perak FC.
“Selain itu, semua pemegang tiket perlawanan yang tertunda sebelum ini boleh menebus tiket tersebut di kaunter yang disediakan.
“Semua pemegang pas semusim juga dibenarkan untuk masuk ke SSI bagi menyaksikan perlawanan tersebut,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source