Polis siasat video lelaki didakwa hina Islam
PETALING JAYA: Polis mengesahkan menjalankan siasatan terhadap video tular berkaitan seorang lelaki didakwa mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap agama Islam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya hari ini terkesan dengan satu rakaman video berdurasi satu minit empat saat yang dimuat naik pemilik akaun Tan Chong Ren@Tan Speaker Corner melalui aplikasi Facebook.
Katanya, rakaman video tersebut memapar seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kenderaan telah mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap agama Islam.
“Susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Pihak polis telah berjaya mengenalpasti suspek dan keterangan akan diambil dalam masa terdekat memandangkan suspek sedang mendapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, kes masih di peringkat siasatan namun pihak polis memandang serius berhubung perkara ini.
Jelas beliau, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menularkan video berkenaan kerana bimbang akan menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source