Belasah Sampai Koma & Terbaring, Anak Pula Disahkan OKU… Netizen Bengang Bekas Suami Jahidah Masih Bebas -”Jantan Tak Guna Tu Boleh Kahwin Lain…”
Ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap kes penderaan dilakukan seorang lelaki terhadap isterinya, Jahidah Nordin, 46, sehingga menyebabkan wanita itu koma.
Kini selepas selepas tiga tahun berlalu, kes tersebut masih belum selesai dan mangsa belum mendapat keadilan, membuatkan ramai netizen naik angin.
Menerusi laman sosial X, netizen meluahkan rasa berang selepas tular berita bahawa Jahidah kini masih terlantar dan anaknya Eshan Nufail, 3 tahun pula berstatus OKU.
Adik Jahidah, Fauziah baru-baru ini ada berkongsi perkembangan terbaru kakak dan anak buahnya itu. Katanya keadaan Jahidah masih sama, hanya terbaring atas katil dab diberikan susu menerusi tiub serta perlu diuruskan keluarga sepenuhnya.
Eshan Nufail, disahkan sebagai OKU kerana pertumbuhan yang perlahan termasuk masih tidak boleh bercakap serta berjalan selain memiliki berat hanya 9.5 kilogram. Eshan juga perlu jalani rawatan fisioterapi dan amat memerlukan perhatian rapi dari keluarga.
Masih bebas, boleh pula kahwin lain
Menerusi X, ramai netizen meluahkan rasa berang kerana bekas suaminya, Rosmaini Abd Raof, 41, yang menjadi penyebab terhadap semua itu kini masih bebas dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Rata-ratanya berasa marah kerana Rosmaini masih bebas dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas apa yang dilakukannya terhadap bekas isterinya malah dikatakan sudah berkahwin lain.
jantan tu sumpah celaka, kesannya sampai sekarang kak Jahidah masih terlantar, anak yang dia lahirkan masa koma dulu pun dah didiagnosed as OKU. dan jantan tak guna tu masih bebas dan dah berkahwin lain. hari nak jatuh hukum pun time time tu la sakit sesak nafas bagai https://t.co/i1H7gkrEvU
— (@kweytiao) November 3, 2024
Terdahulu, pada Ahad lalu Mahkamah Sesyen Johor Baru menangguhkan keputusan kes selepas peguam Rosmaini, Mohd Salleh Togimin memaklumkan anak guamnya dimasukkan ke Hospital Pendang, akibat sesak nafas, petang Sabtu.
Pada 17 Jun 2021 dahulu, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source