Polis kerjasama Filipina serbuan sindiket penipuan antarabangsa
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung kemungkinan sindiket penipuan antarabangsa yang diserbu di sebuah markas di pelabuhan bebas di Luzon Tengah, Filipina mempunyai kaitan dengan mana-mana sindiket di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk jumlah sebenar suspek dari Malaysia dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan sindiket penipuan itu mempunyai 300 pekerja dari Malaysia dan China.
“Kita masih menunggu jumlah sebenar suspek dari Malaysia, siasatan lanjut dijalankan setelah mereka pulang ke tanah air.
“Difahamkan, beberapa individu terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia atau penipuan, mungkin ada daripada mereka mendakwa sebagai mangsa.
“Kita juga akan menyiasat jika sindiket tersebut mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan lain di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, JSJK Bukit Aman konsisten dalam menjalankan serbuan terhadap sindiket penipuan yang beroperasi di dalam negara.
“Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, sindiket penipuan yang beroperasi di Malaysia terdiri daripada pelbagai warganegara, termasuk penduduk tempatan.
“Selain itu, terdapat juga warga asing yang bekerja di calling center sindiket penipuan yang menyasarkan mangsa dari negara asal mereka,” katanya.
Sebelum ini, media Philippine Daily Inquirer melaporkan, pihak berkuasa di Filipina telah menyerbu kawasan sindiket penipuan, perjudian dan pemerdagangan manusia di lokasi berkenaan.
Biro Penyiasatan Kebangsaan (NBI) telah menangkap 18 warga China dan empat warga Malaysia yang mengendalikan sebuah pusat panggilan penipuan di Bandar Paranaque, Filipina. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source