‘Ni bukan kek Maybank, ni kek mubeng’
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya di media sosial selepas menerima kek yang jauh berbeza daripada apa diharapkan walaupun telah membayar dengan harga tinggi.
Dalam hantaran di Facebook oleh Nurul Syuhada, dia memaklumkan telah menempah kek berharga RM300 dengan rekaan elegan sesuai tema bank terkenal untuk sebuah majlis di pejabatnya.
Namun, apa yang diterimanya tidak langsung menyerupai rekaan asal yang diinginkan. Kek yang dihantar bukan sahaja kelihatan ‘tidak kemas’, tetapi hiasannya juga jauh daripada jangkaan.
“Kalau nak berniaga, berniaga lah dengan betul. Jangan ‘pedajal’ orang lain. Saya pun berniaga juga. Rasa kek dia sedap tapi rupa dia tu,” luahnya di ruangan kapsyen.
Dia juga mengkritik tindakan pembuat kek yang memberikan hiasan tambahan berupa cucuk belon yang menurutnya tidak sesuai untuk majlis korporat, kelihatan seolah-olah seperti majlis kanak-kanak.
“Rasa dia sedap sebab guna keju premium tapi bab hiasan tu memang ke laut. Kita ni budak seni, nak seiring sedap dan lawa begitu lah. Kita memang nak benda cantik, tipu lah kalau tak nak cantik,” tambahnya.
Hantaran tersebut menarik perhatian pengguna media sosial yang menyatakan rasa simpati dan sokongan kepada Nurul Syuhada.
“Jauh beza. Sebelum tu, dia memang cakap dia boleh buat sama macam dalam gambar ke?,” komen Maisara Natasha.
“Ni bukan kek Maybank, ni kek mubeng,” ujar Faiz Saleh.
“Kenapa tak cakap awal-awal pada pembeli, kalau tak boleh buat sama macam gambar? Dah macam nak untung je. Hasil cantik ke tidak, tolak tepi ni,” kata Hwani Jamari. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source