‘Kek penuh kasih sayang daripada keluarga istimewa’
PETALING JAYA – “Kek yang dihasilkan dengan penuh kasih sayang daripada keluarga istimewa,” demikian reaksi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri yang terharu menerima juadah istimewa ‘burnt cheesecake’ daripada sebuah keluarga di Pahang.
Menerusi perkongsian pada Facebook, beliau memaklumkan kek tersebut daripada sebuah keluarga yang mana si bapa individu dengan sindrom Asperger, ibu pula calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kesihatan Awam, manakala tiga anak mereka adalah sindrom autisme dan ADHD.
“Saya jamah dengan penuh rasa terharu. Enak sekali,” katanya pada hantaran tersebut.
Zulkifli turut mengimbas kembali semasa memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dan beliau ada melaksanakan beberapa kajian khusus terkait fiqh gangguan spektrum Autisme dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam isu ibadah.
“Kelompok ini hakikatnya memerlukan perhatian khusus agamawan, terutamanya para mufti.
“Terlalu banyak isu-isu melibatkan kelompok ini, memerlukan fatwa atau pandangan hukum daripada pakar.
“Terima kasih Adam, Maisarah, Afiyah dan ibu ayahnya kerana menggembirakan saya hari ini,” katanya.
Zulkifli turut berkongsi gambar kek tersebut berserta surat daripada keluarga berkenaan.
“Terimalah air tangan saya sendiri iaitu ‘burnt cheesecake’, salah satu jenis pencuci mulut orang barat.
“Sebenarnya saya mula mengikuti Datuk Dr. Zulkifli sejak dari tahun 2010. Saya pernah mengikuti pengajian buku Fatawa as-Siyam yang Datuk tulis di sebuah masjid di Kelana Jaya. Insya-Allah saya istiqamah mengikuti Datuk.
“Doakan saya sekeluarga diberikan sifat takwa dan istiqamah dalam melaksanakan ketaatan Allah. Semoga dengan menjadi orang bertakwa, Allah memberikan jalan keluar daripada kesulitan dan rezeki yang barakah kepada kami,” menurut surat keluarga tersebut.
Keluarga istimewa itu terdiri daripada bapa, Abi Adam berusia 37, isterinya juga 37 tahun serta tiga anak mereka, Adam, 11, (autisme), Maisarah, 8, (ADHD) dan Afiyah, 3, (autisme). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source