[VIDEO] Terkejut dituduh hamil anak jin
PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa hamil anak jin selepas diikuti oleh entiti ghaib sejak kecil yang percaya bahawa dia adalah isterinya yang telah hidup ribuan tahun lalu.
Pengalaman seram ini dikongsi sendiri oleh Ili Ruzanna dalam sebuah podcast. Menurutnya, ketika itu dia membuat kenduri yang turut dihadiri oleh seorang kenalan ibunya yang dipercayai mempunyai kemampuan melihat benda ghaib.
“Ketika saya bersalam dengan makcik tersebut, wanita itu memandang saya dengan raut wajah yang pelik. Selama kenduri berlangsung, saya sibuk berulang-alik membantu di sana sini, namun makcik itu tetap memerhatikan saya ke mana sahaja saya pergi,” katanya.
Tambahnya, bahkan ketika dia ke tandas, makcik itu tetap mengekori dengan pandangan aneh seolah-olah melihat sesuatu pada dirinya.
“Selepas kenduri, hanya tinggal saya, ibu, dan makcik tersebut. Ketika itulah ibu meminta saya mendekati makcik itu untuk mendengar sesuatu yang mengejutkan.
“Makcik tu beritahu saya, dia boleh lihat benda ghaib dan ada ‘benda’ yang mengikuti saya ke mana-mana sejak usia 10 tahun,” ujarnya.
Menurut makcik tersebut, entiti itu menyatakan bahawa Ili menyerupai isterinya ketika dia hidup sebagai manusia ribuan tahun dahulu.
“Awak pergi dapur, dia pergi dapur. Awak masuk tandas, dia pun masuk tandas,” makcik itu menerangkan perilaku entiti tersebut kepada Ili.
Apabila makcik itu bertanya kepada entiti tersebut mengapa ia mengikuti Ili, entiti itu menjawab dengan tegas, “Suka hati aku lah! Ni isteri aku, aku suami dia. Mestilah aku akan ikut ke mana dia pergi. Aku lindungi dia dan jaga dia.”
Makcik itu kemudian bertanya kepada Ili sama ada dia pernah bermimpi tentang menantikan ‘suami’ pulang atau rasa teruja menanti kelahiran anak yang bakal menggembirakan suaminya.
Ili mengakui bahawa sejak usia sepuluh tahun, dia sering bermimpi demikian meskipun tidak pernah melihat wajah ‘suami’ dalam mimpi tersebut.
“Itu adalah cara ‘benda’ tu untuk berkomunikasi dengan saya. Dia mahu saya sebagai isterinya,” katanya.
Selain itu, makcik tersebut turut memberitahu bahawa entiti itu menunggu dia mencapai usia matang dan mula haid sebelum dapat ‘menghamilkannya’.
Menurut Ili, dia melihat ini sebagai petunjuk bahawa Tuhan mungkin melindunginya dengan haid yang lambat, yang hanya datang pada usia 17 tahun.
Namun, sebuah berita mengejutkan disampaikan oleh makcik itu iaitu Ili sedang hamil ‘zuriat’ kepada entiti tersebut.
Bagaimanapun, dia ditawarkan untuk menerima rawatan daripada makcik terbabit dan sahabatnya yang lain.
Selepas menjalani rawatan tersebut, Ili akhirnya bebas daripada gangguan entiti tersebut. – KOSMO! ONLINE
@thetakeawaytable Replying to @Gabriel brb sleeping with the lights on tonight #thetakeawaytable #youmightwannasitdownforthis #ghoststories #horror @ili ♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source