Manisnya Memori Di Formosan Aboriginal Culture Village Ni!
Sekarang Min dah tahu kenapa ramai suka melancong ke Taiwan. Sebabnya Muslim friendly gais. Kalau datang sini korang tak perlu risau bab solat atau makanan.
Team kami ada ke Formosan Aboriginal Culture Village yang terletak di Taiwan. Kat sini ada surau untuk korang solat dan juga pinggan untuk Muslim yang diasingkan dengan tulisan bahasa Cina di atas pinggan tu. Bagusnya, so senang la korang nak makan tanpa was-was nanti.
Apa yang ada di Formosan Aboriginal Culture Village ni? Di sini menawarkan pengalaman unik untuk korang belajar tentang budaya suku asli Taiwan. Korang juga dapat mengunjungi rumah-rumah tradisional, menonton pertunjukan tarian dan muzik, serta mengagumi pemandangan indah sekitar.
Banyak benda yang korang boleh lakukan. Satu hari suntuk korang patut ada kat sini tau. Barula dapat merasai segala yang ditawarkan disini. Perkara yang mesti dilakukan ialah menaiki kereta kabel ke jeti Itashao di Tasik Sun Moon dengan pemandangan tasik dan hutan yang menakjubkan.
Korang perlu juga mencuba menaiki roller coaster yang mendebarkan yang ada di taman tema tersebut. Memang bestlah! Pengalaman yang tak mungkin kami lupakan!
Untuk info anda, Formosan Aboriginal Culture Village (Kampung Budaya Orang Asli Formosa) adalah sebuah taman seluas 62 hektar yang menampilkan ciri kebudayaan, kesenian serta sejarah puak orang asli yang diperlihatkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar dalam bentuk pameran serta persembahan.
Selain dapat menyaksikan keunikan rumah kaum asli, pelancong boleh menghayati persembahan tarian dan nyanyian tradisional antaranya suku kaum Paiwan, Rukai, Ami Tao dan Puyuma.
Bukan itu jer, di sini korang juga boleh menemui surau dan restoran halal. Malah di Formosan Aboriginal Culture Village ini terdapat “tandas halal”, iaitu tandas basah yang biasa digunakan di Malaysia. Ini kerana Taiwan menggunakan tandas kering, yang mungkin kurang selesa untuk pelancong Islam.
Di taman hiburan ini juga terdapat Restoran Maya yang beroperasi dengan sijil halal daripada Chinese Muslim Association (CMA), sebuah institusi yang diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil halal untuk produk makanan, restoran dan hotel di Taiwan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source