Papar Saman PDRM Di Papan Tanda LED, Rakyat Singapura Tak Puas Hati Malaysia Buat Sistem VEP?
Sekadar info buat orang ramai, kerajaan telah mewajibkan mana-mana kenderaan asing dari Singapura untuk mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 1 Oktober lalu.
Bagi mematuhi undang-undang jalan Malaysia
Peraturan tersebut dilaksanakan bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi segala peraturan jalan ketika berada di Malaysia.
Difahamkan melalui penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, undang-undang tersebut dilaksanakan di dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.
Sistem VEP buat rakyat Singapura tak puas hati?
Dalam hantaran tular yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini, dapat dilihat cara tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berfungsi.
Hantaran tersebut memaparkan sebuah kenderaan dikenakan denda dan rekod saman dari PDRM dipaparkan di papan tanda LED.
Biarpun ada yang menyambut baik pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan itu, tetapi ada juga sesetengah rakyat Singapura yang meluahkan rasa kesal dan berpendapat ia menyusahkan mereka untuk masuk ke Malaysia.
Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan.
Sebelum ini dilaporkan sebanyak RM3.5 juta saman trafik yang tertunggak daripada warga Singapura ketika berada di Malaysia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source