Selangor FC ‘gegarkan’ gergasi Korea Selatan
PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC memintas kedudukan pendahulu Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil membariskan kesebelasan terbaik dengan Ronnie Fernandez, Ali Olwan dan Yohandri Orozco mengetuai jentera serangan.
Perlawanan dilihat agak seimbang pada awal saingan dengan kedua-dua pasukan berusaha untuk mengatur serangan.
Gol yang dicari akhirnya tiba hasil jaringan kapten pasukan, Harith Haiqal pada minit ke-31.
Gol tersebut menaikkan semangat pasukan tuan rumah sehingga berjaya menggandakan kelebihan menjadi 2-0 menerusi penyudah Olwan berselang dua minit kemudian.
Tersentak dengan asakan Selangor FC, pasukan Jeonbuk memperkemaskan jentera serangan dan berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan Kwon Chang-hoon pada minit ke-39.
Bersambung pada babak kedua, skuad Merah Kuning hampir menambah gol ketiga tetapi percubaan menarik yang dilakukan oleh Nikoa Jambor sekadar menggegar palang pada minit ke-49.
Jeonbuk turut melakukan beberapa siri serangan ke kubu Selangor tetapi penjaga gol, Azim Al Amin kekal cemerlang mengekalkan kedudukan semasa.
Selangor FC kemudian diarahkan beraksi dengan 10 pemain apabila Orozco dilayangkan kad merah pada penghujung saingan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor FC mendahului Kumpulan H ketika ini dengan mengutip tujuh mata manakala Jeonbuk kekal dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source