[VIDEO] ‘Sendiri tak bayar pinjaman, sendiri mengamuk kereta nak kena tarik’
PETALING JAYA – Tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin keretanya sebelum ditarik ‘towing’ (kenderaan penunda) gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman.
Menerusi perkongsian video di Facebook, Malaysia Automotive Shitposting 2.0, seorang pengguna yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa, pemilik kenderaan terbabit sudah lapan bulan tidak membayar hutang pinjaman.
Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit serta beberapa individu lain bertindak merosakkan dan memecahkan cermin kereta berkenaan dengan menggunakan batu serta besi di hadapan pekerja tunda sebagai tanda protes.
“Sendiri tak bayar sendiri marah. Untuk makluman, kereta dah kena ‘cangkuk’ luar pagar, pemilik pergi hidupkan enjin kereta turun dari ‘towing’ (tunda) masuk rumah dia. Sebab itu ‘bumper’ pun pecah.
“Blacklist (menyenaraihitamkan) lah nama kau sampai tua, used car (kedai kereta terpakai) pun tak nak beli kalau kena lelong. Pemilik dah miskin, sebab itu tak bayar bulanan. Dengar cerita lapan bulan, naya towing pun kemek kena langgar,” dakwa pengguna Facebook tersebut.
Sementara itu, seorang wanita yang berada dalam video tersebut memaklumkan, pihaknya mempunyai kuasa untuk merosakkan kenderaan terbabit sebelum ditarik pihak penunda.
Kata wanita itu, ini kerana segala kos ubah suai kenderaan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.
“Ini hasil duit owner (pemilik). Jadi, tiada masalah kami rosakkan,” katanya.
Bagaimanapun, pihak Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source