Skandal lombong pasir: Mungkin ada tangkapan lain
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan ditahan membabitkan siasatan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih giat dijalankan oleh pegawai penyiasat bagi mengumpul maklumat berkaitan kes tersebut.
“Saya tidak nafikan akan ada, daripada satu kes sekarang dah dua tiga hingga lima kes. Jadi kemungkinan akan timbul lagi kes,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Meja Bulat KP SPRM bersama Bank-bank Komersial di sebuah hotel di sini, hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya sekiranya terdapat ahli politik lain di Selangor dalam radar kes tersebut selain yang kini disiasat SPRM, Azam berkata, setakat ini siasatan masih melibatkan seorang individu (ahli politik) terbabit.
“Saya tidak tahu lagi, buat masa ini mungkin hanya melibatkan seorang sahaja, belum lagi timbul nama-nama lain,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan di media sosial berhubung ahli politik berpengaruh yang disiasat adalah Datuk Seri Azmin Ali.
“Saya tidak boleh komen, ia boleh jadi sesiapa, jadi tunggulah,” katanya.
Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM menjalankan siasatan berdasarkan kepada maklumat dan aduan daripada pelbagai pihak.
Jelas beliau, sekiranya kes itu melibatkan kepentingan awam pihaknya akan terus menjalankan siasatan.
“Kalau kes melibatkan sektor swasta, polisi kami mesti ada pengadu yang sahih datang kepada kami. Seperti saya katakan tadi kalau tuan-tuan dengar saya penuh ucapan tadi, fokus kita adalah masih lagi melibatkan sektor swasta yang menjaga duit rakyat ataupun menguruskan dana rakyat.
“Kita tidak perlu menunggu pengadu sebenar hendak datang sekiranya pegawai-pegawai saya telah membuat satu verifikasi kes ini ada sebab yang munasabah untuk dijalankan siasatan.
“Jadi perkara-perkara yang remeh-remeh mengatakan ini isu politik dan sebagainya saya terserahlah kepada mana-mana mereka nak sebut tentang hal berkenaan saya tidak ada komen tentang perkara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source