Ketua Geng Dinesh mengaku salah 11 tuduhan jenayah
LUMUT – Ketua Geng Dinesh didenda keseluruhan RM22,500 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini, selepas mengaku salah atas 11 tuduhan jenayah dilakukan sekitar Sitiawan, dekat sini dalam tempoh dua bulan lalu.
A. Dinesh Kumar, 24, juga berhadapan hukuman penjara antara empat hingga 10 bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda tersebut.
Bekas tukang kebun itu didakwa enam pertuduhan menceroboh kawasan parkir rumah enam mangsa di enam kawasan perumahan di Sitiawan, dalam tempoh antara pukul 1.10 pagi 24 Ogos hingga 12.35 malam 16 September lalu.
Untuk pertuduhan ini, dia didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang masih bujang juga didakwa empat pertuduhan di bawah Seksyen 379 kanun sama iaitu mencuri melibatkan sepasang kasut, sebuah ipad dan sebuah beg pemegang kad, sekeping kad merah ‘gold bar’ serta dua beg tangan bernilai keseluruhan RM1,902 dari dalam empat kereta milik empat mangsa antara pukul 6 pagi 4 September sehingga 8 pagi 27 September lalu.
Dia juga dituduh di bawah Seksyen 427 kanun sama iaitu khianat dengan memecahkan cermin kereta Honda Jazz sehingga mangsa kerugian RM500 di sebuah rumah di Taman Raja Muda Musa, Sitiawan, pada pukul 7 pagi 27 September lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source