Tujuh perlawanan pikat hati Arteta
LONDON – Masa semakin suntuk buat penyerang Arsenal, Gabriel Jesus untuk menyelamatkan kariernya di Stadium Emirates apabila hanya diberikan peluang membuktikan kemampuan dalam tujuh perlawanan akan datang.
Setakat ini, pemain Brazil itu sudah pun diturunkan dalam lapan perlawanan, namun gagal untuk memberi petunjuk positif apabila terus kemarau jaringan selain tidak membantu pasukan dari segi umpanan gol.
Aksi konsisten ditampilkan penggempur Jerman, Kai Havertz turut menyebabkan Jesus kurang mendapat minit permainan, sekali gus meletakkan masa depannya dalam keadaan samar.
Memandangkan The Gunners berdepan masalah kecederaan ketika ini termasuk Havertz, bekas penyerang Manchester City itu dilihat memiliki peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan kepada pengurus, Mikel Arteta.
Difahamkan, ada tujuh perlawanan sehingga ke rehat antarabangsa seterusnya dan sekiranya Jesus masih belum mampu memikat hati Arteta, dia mungkin perlu mencari kelab baharu pada jendela perpindahan Januari nanti.
Bintang berusia 27 tahun itu wajar berasa bimbang memandangkan pengurusan Arsenal dikatakan sudah mula memantau pasaran perpindahan pemain bagi membawa masuk penyerang baharu ke Emirates nanti.
Antara pemain berada dalam radar Arsenal adalah penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko serta penggempur Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres yang mungkin menelan yuran perpindahan sebanyak £84 juta (RM470.98 juta). – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source