De Paul gugat dua bintang Man. United
MANCHESTER – Manchester United dilaporkan berminat mendapatkan tonggak Atletico Madrid, Rodrigo De Paul bagi merombak jentera tengah pasukan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan beberapa bintang veteran kelab berkenaan.
Bintang antarabangsa Argentina berusia 30 tahun itu dianggap pilihan berisiko kerana faktor usia dan kehadirannya mungkin akan memberi kesan kepada dua tonggak veteran United, Casemiro serta Christian Eriksen.
Eriksen kini berada di tahun terakhirnya di Old Trafford mungkin tidak akan menerima tawaran lanjutan, manakala Casemiro yang masih mempunyai kontrak hingga 2026 juga kemungkinan besar bakal dijual atau disisihkan daripada kesebelasan utama.
Dalam masa sama, The Red Devils sedang berusaha untuk menawarkan kontrak baharu kepada bintang mudanya, Kobbie Mainoo dengan kelab bercadang untuk membina bahagian tengah pasukan berasaskan bakat pemain remaja berkenaan.
Mainoo diramal bakal menjadi nadi utama bahagian tengah United sekali gus memperkukuh strategi kelab berasaskan pemain muda biarpun terpaksa bersaing sengit antara Eriksen, Casemiro dan Manuel Ugarte untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Tambahan pula, pada jendela perpindahan pertama di bawah pemilikan Sir Jim Ratcliffe dan INEOS, United menunjukkan kecenderungan membeli pemain-pemain muda seperti Leny Yoro, Manuel Ugarte, Joshua Zirkzee, Matthijs De Ligt dan Noussair Mazraoui
Disebabkan itu, kehadiran De Paul mungkin lebih kepada langkah United ke arah merevolusi bahagian tengah berdasarkan kemampuan dan corak permainannya serta pengalamannya menjuarai Piala Dunia Qatar 2022 bersama Argentina. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source