‘Negara hebat, laporan polis dah ditarik balik tapi kes tetap diteruskan’
PETALING JAYA – Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan memberi sepenuh kerjasama untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi perbicaraan kes pukul melibatkan dirinya.
Akur dengan keputusan mahkamah, Shuhada, 30, berkata, akan pulang ke tanah air bagi menyelesaikan kes tersebut dengan segera.
“Saya akan memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak berkuasa, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Biarpun sudah berhijrah ke Melbourne, Australia, namun Shuhada tetap akan berusaha untuk meluangkan waktu bagi memenuhi tuntutan mahkamah yang menetapkan 20 Januari 2025 sebagai tarikh sambungan perbicaraan.
Tambah Shuhada, segala urusan melibatkan perundangan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang menentukan.
Malah, dia juga tidak menyangka pihak pendakwaan ingin meneruskan kes tersebut meskipun sudah menarik balik laporan polis.
“Sebagai rakyat biasa, pada saya sistem perundangan negara sangat hebat. Biarpun pengadu sudah menarik balik laporan polis, tetapi kes tetap diteruskan.
“Sejujurnya saya sudah memilih untuk berdamai dengan takdir dan mulakan kehidupan baharu. Saya serahkan segala urusan kepada Allah, dan semua yang berlaku ini adalah percaturan Allah,” katanya.
Sementara itu, Shuhada memberitahu tidak mendapat sebarang arahan meminta dirinya untuk hadir ke mahkamah bagi prosiding hari ini.
“Saya tidak diminta untuk datang ke mahkamah. Jadi sebab itu saya tiada,” jelasnya dalam satu video siaran langsung di TikTok.
Hari ini, mahkamah menerusi Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Januari 2025 sebagai tarikh sambungan perbicaraan melibatkan kes Hafidz menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali sehingga mengalami luka, lebam dan bengkak pada pipi kiri.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eirene Nabila Amani Williams Hunt memberitahu perbicaraan kes tersebut diteruskan selepas permohonan representasi dibuat tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) ditolak.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.22 pagi pada 2 Mac 2023.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source