Pelanggan mengamuk isi minyak bercampur air
JAKARTA – Sejumlah pemilik kenderaan di Pematang Siantar, wilayah Sumatera Utara mengamuk kerana mendakwa bahawa kenderaan mereka rosak selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak, lapor laman berita Detik kelmarin.
Menurut pelanggan-pelanggan tersebut, minyak yang diisi di stesen minyak milik Pertamina bercampur dengan air.
Bagi menjawab dakwaan tersebut, Setiausaha Korporat PT Pertamina Patra Niaga, Heppy Wulansari berkata, cabang wilayah syarikat berkenaan bertindak pantas dan menyiasat insiden itu.
Ujarnya, hasil siasatan mendapati, berlakunya kebocoran pada tangki Pertalite ketika hujan lebat di kawasan tersebut.
Keadaan itu menyebabkan air hujan terpercik masuk ke dalam tangki minyak.
“Siasatan awal mendapati terdapat kebocoran di kawasan tangki minyak Pertalite. Dengan keadaan hujan yang amat lebat beberapa hari belakangan ini, mungkin air terpercik masuk ke dalam tangki di stesen minyak tersebut,” ujarnya.
Stesen minyak terlibat di Jalan Sangnawaluh Pematangsiantar itu ditutup buat sementara waktu, manakala Pertamina berkata, ia akan membiayai kos pembaikan kenderaan yang terjejas. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source