Misi serampang dua mata Harimau Malaya
WALAUPUN mengakui kualiti yang ada pada New Zealand, pengendali negara, Pau Marti Vicente kekal positif dan percaya anak buahnya mampu melakar kejutan ke atas lawan itu pada aksi persahabatan di Stadium North Harbour, hari ini.
Vicente juga memberi bayangan bahawa beliau mempunyai dua misi berbeza iaitu untuk mengekalkan rekod tanpa kalahnya selaku pengendali pasukan dan melonjakkan Harimau Malaya dalam kelompok 130 terbaik dunia.
“Semua pemain oleh diturunkan dalam aksi menentang New Zealand dan fokus kami adalah lebih kepada diri sendiri. Kami hanya mahu ikut perancangan seperti apa yang kami mahu mainkan.
“Kami juga akan lihat bagaimana (kekuatan) New Zealand dan cari cara terbaik untuk hadapi mereka. Kami jangkakan ia adalah perlawanan yang sukar kerana ramai pemain mereka beraksi di Eropah dan mereka juga mahu menang.
“Apa pun kami tetap bersedia, jika kita menang perlawanan ini, maka kita ada peluang untuk berada di bawah 130 dunia. Tinggal satu langkah saja lagi dan motivasi kami adalah untuk tambah baik apa yang kurang,” katanya.
Sebagai rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah 18 tahun lalu di mana ia berpihak kepada New Zealand hasil kemenangan 1-0 dan 2-1.
Dalam masa sama, Vicente juga sudah pun mempunyai gambaran jelas tentang kekuatan lawan yang sebelum ini sudah meraih kemenangan 3-0 ke atas Tahiti pada kelayakan Piala Dunia 2026.
Penyerang Nottingham Forest, Chris Wood dijangka akan menjadi pemain yang perlu diberikan perhatian oleh benteng Harimau Malaya memandangkan pemain itu sedang berada pada prestasi terbaik sekiranya dia diturunkan.
Wood meledak satu gol ketika tewaskan Tahiti dan menyumbangkan jaringan penting buat Forest ketika mengikat Chelsea 1-1, 6 Oktober lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source