Cik B Belanja RM300,000 Sebulan, Netizen Kata Boleh Beli Rumah Teres Tiap Bulan
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida yang juga pempengaruh media sosial, Cik B mendedahkan perbelanjaannya setiap bulan mencecah RM300,000.
Menerusi temu bual dikongsikan penyampai radio Radin, Cik B berkata dia kini boleh berbelanja tanpa meminta izin ibunya.
BACA: Dipuji Manis Bertudung, Cik B Belum Sedia Tutup Aurat
@radinamiraffendy PASANG BADAN X @cikb_havoc66 !! Idea asal: @DJ Nazz Video: @zarul zulkifli Editor: @fareeznasir #cikb #cikbhavoc #pasangbadan #kubilangjangandinjangan #takhensemtapimanisnyaada #skibidi
“Tak riak la, dalam RM300,000. Dulu minta kebenaran mama tapi sekarang tak,” katanya,
Cik B turut mendedahkan kebanyakan pakaian dan aksesori digayakan dibeli diluar negara dan outfit yang dipakai ketika temu bual itu dianggarkan benilai sekitar lebih RM100,000.
“Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih. Cincin satu set dalam RM2,000. Jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan baju, dari brand Omega dan harganya RM90,000.
“Baju ini biasa sahaja harganya RM900 manakala baju di bahagian dalam pula dari jenama Al Hilal dalam harga RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900.
“Kasut Balenciaga RM7,000. Beg pula dari jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 dan dompet saya RM1,000 lebih,” katanya.
Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pempengaruh itu tidak dilihat riak ketika mendedahkan harga-harga pakaian digayakan mencecah ratusan ribu ringgit.
Tidak kurang juga, ramai yang tergamam sebaik saja mendengar harga jam tangan berharga RM90,000. Malah, ada yang mengatakan belanja bulanan Cik B boleh beli rumah teres setiap bulan.
SUMBER: TikTok Radin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source