Suami isteri, dua beranak dicekup curi kabel awal pagi
SHAH ALAM – Kegiatan sepasang suami isteri dan dua beranak mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) pada awal pagi memakan diri apabila mereka dicekup polis bersama seorang individu lain semalam.
Tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 24 hingga 47 tahun itu ditahan di Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie di sini, kira-kira pukul 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu disedari ketika pihaknya dari Balai Polis Bukit Jelutong membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut.
Jelas beliau, rondaan mengesan dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu kemudian menemukan sejumlah kabel milik TM yang dipercayai dicuri dan peralatan memotong kabel.
“Dua daripada suspek yang ditahan merupakan pasangan suami isteri manakala dua lagi suspek mempunyai hubungan ibu dan anak,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Mohd. Iqbal, siasatan mendapati suspek antaranya bekerja sebagai pemandu lori dan operator kilang.
“Semakan lanjut turut mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Selain itu, dua suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.
“Kesemua suspek direman antara dua hingga tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source