Lelaki Orang Asli maut, tiga cedera bas henti-henti bertembung kereta
SEGAMAT – Seorang lelaki Orang Asli maut manakala tiga lagi mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Simpang Kampung Panca Jaya, Bekok, Labis, di sini tengah hari tadi.
Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hafifie Md Sarif berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 1.47 tengah hari melibatkan sebuah bas henti-henti dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.
Katanya, setibanya di tempat kejadian di dapati terdapat tiga orang mangsa di dalam Toyota Innova di mana pemandunya berusia 45 tahun telah tersepit manakala dua mangsa lagi telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
“Pemandu Toyota Innova telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengalami kecederaab parah pada bahagian dada, kaki dan tangan.
“Manakala pemandu bas henti-henti mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Segamat.
“Tiada penumpang di dalam bas sewaktu kejadian,” katanya.
Tambah Hafifie, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan memotong dan mengumpil bahagian pintu kereta dengan menggunakan set peralatan Rescue Power Unit sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source