Polis selesaikan misteri ketukan pintu
JAKARTA – Keresahan penduduk sebuah kampung di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan akhirnya reda selepas polis mengesahkan bahawa kejadian ketukan misteri selama berminggu-minggu adalah tidak benar sama sekali, lapor laman berita Tribun Tabalong kelmarin.
Penduduk Kampung Banua Rantau Rt. 02 sebelum ini berasa resah selepas menerima pesanan berantai pada aplikasi WhatsApp yang memberitahu mengenai kejadian misteri itu.
Menurutnya, beberapa penduduk mengalami kejadian di mana pintu rumah mereka diketuk oleh susuk misteri.
Tambahnya, sejurus membuka pintu, tiada sesiapa yang berada di luar rumah, selain bau-bauan yang kurang menyenangkan muncul selepas pintu diketuk.
Susulan kejadian itu, penduduk baru-baru ini mengadakan rondaan pada waktu malam untuk menyiasat kejadian tersebut dan mencari pelakunya, namun gagal.
Pada malam Sabtu lalu, anggota Polis Banua Lawas melakukan pemeriksaan berhubung isu yang tersebar di media sosial tersebut dan mendapati bahawa kejadian seumpama itu tidak berlaku.
“Isu ini adalah berita palsu kerana tiada bukti atau saksi yang melihatnya dan tiada pintu rumah penduduk yang mengalami ketukan pintu secara misteri,” tulis keterangan pada akaun Instagram rasmi Polis Tabalong.
Polis selain itu bertemu dengan seorang penduduk, Rasyid, yang menyebarkan berita tersebut melalui video sehingga tersebar di WhatsApp.
Rasyid yang diiringi anggota polis dan ahli jawatankuasa tempatan kemudian memohon maaf atas penularan berita tersebut. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source