Banjir: ‘Air naik cepat, tak sempat nak pindahkan barang’
KANGAR – Sekurang-kurangnya 13 lokasi di ketiga-tiga kawasan Parlimen di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat dari petang semalam hingga awal pagi ini.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, antara kawasan terjejas di Kangar ialah Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Padang Pauh dan Kampung Baru, manakala Padang Besar di sekitar Beseri.
“Di Arau pula, kawasan terjejas adalah Kampung Bumbung Lima, Kampung Titi Besi, Kubang Gajah dan sekitar Jejawi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan di Padang Pauh hingga ke Balai Baru di Beseri mendapati penduduk kawasan kampung yang berada di kedudukan agak rendah paling teruk terjejas dan dianggarkan lebih 30 rumah dinaiki air antara paras buku lali hingga lutut.
Penduduk Kampung Pauh, Shafezahanim Ahmad, 40, berkata, banjir kilat kali ini berlaku cukup pantas dan paling teruk pada tahun ini.
“Air naik sangat pantas iaitu dalam masa setengah jam sahaja sehingga saya tidak sempat memindahkan barang ke tempat tinggi. Waktu itu saya hanya fikir nak pindahkan ibu yang berkerusi roda ke tempat selamat.
“Nak minta tolong jiran pun tidak sempat, rumah mereka turut digenangi air. Mujur ada rakan-rakan lain yang membantu kami untuk memindahkan ibu ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, dia telah beberapa kali memohon pihak berkaitan agar melihat dan memperbaiki sistem perparitan di kawasan rumahnya, namun masih tiada tindakan diambil. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source