Buli: KPM tidak ‘beri muka’ walaupun anak menteri terlibat
KAJANG: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berlembut atau memberi kompromi terhadap isu-isu yang melibatkan kes buli di sekolah walau pelakunya merupakan anak kepada mereka yang berpengaruh.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai membuat siasatan.
Kata beliau, KPM ingin memastikan seluruh ekosistem persekolahan selamat untuk seluruh pelajar.
“Buli adalah buli. Tidak kira anak siapa pun (sama ada) anak selebriti (atau) anak menteri sekali pun.
“Saya ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi, tindakan tegas akan diambil selepas siasatan dilakukan,” katanya semasa sidang media di Dewan Sri Cempaka, Saujana Impian, di sini.
Terdahulu, media melaporkan, polis sudah membuka kertas siasatan kes buli membabitkan anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata setakat hari ini, lima laporan polis sudah diterima pihaknya berkaitan isu itu.
Rustam yang lebih dikenali sebagai Tam, 51 sebelum ini mendedahkan anak lelakinya yang berusia 14 tahun menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama, di Kuala Lumpur.
Beliau meluah kesal dengan pihak sekolah terbabit yang tidak peka dan gagal mengambil tindakan terhadap masalah buli di sekolah itu.
Susulan pendedahan Tam, beberapa orang ibu bapa di sekolah yang sama turut tampil mendedahkan bahawa anak mereka turut dibuli.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source