‘Prank’ minggu orientasi bukan contoh yang baik
SEREMBAN- Pelajar baharu di universiti harus didedahkan dengan contoh dan nilai baik daripada pelajar senior supaya mereka boleh menghayati nilai dan objektif penubuhan sesebuah universiti itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berpandangan lagi, untuk tujuan itu, pelajar senior yang merupakan fasilitator (minggu orientasi) perlu berperanan menerapkan nilai yang baik tersebut.
Jelasnya, ia bukan hanya melahirkan pelajar yang berjaya bidang akademik tetapi juga yang mempunyai nilai akhlak dan budi pekerti yang baik.
“Dengan nilai itu, pelajar senior juga dapat membantu pihak universiti dalam memastikan pelajar-pelajar baharu ini dapat memahami dan dididik dengan hasrat dan tujuan institut pengajian tinggi (IPT) itu ditubuhkan.
“Bagaimanapun, dalam isu membabitkan fasilitator yang tular baru-baru ini kerana membuat ‘prank’ ketika minggu orientasi, saya tidak anggap ia sebagai contoh yang terbaik.
“Sudah tentu mereka yang berada di universiti dan bakal jadi pemimpin masa hadapan perlu ada nilai tersebut. Mereka bergantung kepada contoh-contoh yang terbaik daripada pensyarah, daripada senior mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Lonjakan Kuantum dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source