Sumbangan rakit kecemasan banjir undang sebak penduduk
RANTAU PANJANG: Sumbangan 30 unit rakit kecemasan oleh Kelantan Disaster Relief Network (KDRN) dengan kerjasama Crisis Relief Services and Training (CREST) mengundang sebak dalam kalangan penduduk di empat buah kampung sini yang saban tahun berdepan banjir.
Empat kampung terlibat itu ialah Tersang, Kusar Dalam, Serongga dan Teluk Bakong.
Seorang penduduk di Kampung Kusar Dalam, Rozi Daud, 55, meluahkan rasa syukur menjadi salah seorang penerima bantuan dan menyifatkan ia mampu menyelamatkan dia dari terus berdepan kerugian.
Menurutnya, rumah rakit akan dijadikan tempat penyimpanan barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, televisyen daripada rosak ditenggelami banjir.
“Jika banjir menenggelamkan bumbung rumah, kami tidak perlu risau kerana barangan akan selamat di atas rumah rakit.
“Sebelum ini kami (penduduk) hanya membuat rak sahaja dan tidak mampu membina rumah rakit begini kerana kosnya terlalu mahal,” katanya ditemui pemberita di Kampung Tersang, di sini semalam.
Seorang lagi penduduk Rubilasuladawiyah Yusof, 39, memberitahu, dengan adanya rumah rakit itu dia tidak perlu bimbang soal keselamatan barangan.
Katanya, dia kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang akan melanda tidak lama lagi.
“Pemberian rakit kecemasan ini tepat masanya memandangkan banjir semakin hampir,” ujarnya.
Sementara itu Setiausaha KDRN, Lua Kheng Luan berkata, pemberian rakit dilakukan menerusi Program Pengurangan Risiko Bencana bertujuan membantu kira-kira 300 keluarga di empat kampung terbabit.
Katanya, sebanyak sembilan unit diserahkan kepada penduduk di Kampung Tersang dan masing-masing tujuh unit di Serongga, Kusar Dalam dan Teluk Bakong. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source