“Terima Kasih Ingatkan Saya Bukan Zayn Malik”
Penyanyi Zynakal tak terasa hati apabila ada individu mengeluarkan kenyataan face shaming terhadapnya di media sosial.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik mStar Online, Zynakal sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan kerana mengingatkan siapa dirinya yang sebenar.
BACA: Zynakal Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Budaya Sarawak
“Jujur saya tak ambil hati sebab betul juga apa dia katakan. Terima kasih mengingatkan saya ialah Zynakal dan bukan Zayn Malik.
“Perkara itu tak jadi masalah sebab saya bersyukur berada dalam bidang muzik, kalau bidang lakonan imej penting memandangkan wajah keluar TV. Muzik orang lebih cenderung dengar suara. Saya tak marah sebab apa dia kata itu memang betul,” katanya.
Sementara itu, Zynakal berkata netizen ada hak untuk menyuarakan pendapat mengenai penampilan seseorang malah dia sudah biasa dengan komen face shaming sehingga tak terasa apabila ada yang mengutuknya.
“Saya tak kisah zaman sekarang netizen ada hak bersuara jadi biarlah apa mereka nak kata. Tambah pula saya dah pernah dengar perkara sama sejak dulu,” katanya.
Sebelum ini, Zynakal menerima komen daripada netizen mengatakan penyanyi itu tiada rupa tetapi ada suara dan lagu yang hebat.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source