“Saya Rasa Hodoh, Tiada Nilai & Tak Layak Untuk Dicintai”
Penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir mendedahkan perubahan bentuk badannya kini bukan disebabkan amalan diet seimbang.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik Kosmo, Dina berkata punca dia menukar gaya hidup kerana rasa rendah diri serta berpendapat dirinya tidak cukup cantik dan tidak layak untuk dicintai.
“Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana boleh menurunkan berat badan begitu ketara. Kebenarannya ialah saya tidak gembira. Saya rasa tidak cukup baik, tidak cukup cantik, tidak layak untuk dicintai. Saya rasa diri ini serba-serbi tidak mencukupi.
“Saya rasa hodoh, saya tiada nilai. Biarpun saya sudah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tempoh 20 tahun dalam industri, tetapi saya tetep berada diri ini tidak bernilai,” katanya.
Menurut Dina lagi, dia membuat perubahan beberapa perubahan dengan melakukan aktiviti fizikal yang sebelum ini dibencinya serta berharap dapat membantunya untuk menurunkan berat badan.
“Saya mula mencabar diri secara emosi, mental dan fizikal. Mengharapkan akan ada sesuatu yang dapat terus ‘menghancurkan’ sehingga membuatkan saya rasa lebih teruk.
“Tetapi saya sebaliknya menemui perkara baharu yang mana bintang-bintang, laut, matahari dan perkara yang dahulunya saya benci, kini sangat suka untuk dilakukan,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source