Akaun GISBH dibekukan setakat ini cecah RM1.35 juta
KUALA LUMPUR – Nilai akaun GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mencecah RM1.35 juta.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan sebanyak 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai USD1,344.26 (RM5,688.80).
Katanya, tindakan pembekuan akaun dan harta berkaitan GISBH diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).
“Selain itu, kita turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.
“Sebanyak 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000 turut disita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, tindakan penyitaan dibuat mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).
Terdahulu, media melaporkan PDRM membekukan keseluruhan 153 akaun bank berkait GISBH bernilai lebih RM880,000 membabitkan 138 akaun bank aktif manakala lagi 15 sudah ditutup.
Turut dibekukan ialah 22 kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1,872,085 serta 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source