“Ketika Itu, Kami Rancang Nak Jaga Bayi Sama-Sama..” – Hana Ismail Kekal Kuat Demi Anak, Syukur Ada Orang Jaga Waktu Pantang
Personaliti TV, Hana Ismail meluahkan rasa syukur apabila ramai yang membantunya menghadapi fasa berpantang di saat sukar pada ketika ini.
Kongsi Hana, pada mulanya, dia dan suami, Da’i Syed tidak merancang untuk mencari ‘confinement lady’ kerana telah berbincang untuk menjaga anak mereka bersama-sama.
Alhamdulillah, saya rasa Allah dah susun cerita saya cantik sangat. Ketika saya hamil, saya tak begitu serius untuk mencari ‘confinement lady’ untuk menjaga saya sepenuh masa.
Perbincangan dengan suami ketika itu adalah kami akan jaga bayi ini sama-sama, maknanya saya akan susukan anak manakala suami akan uruskan ‘burping’, jaga malam dan sebagainya.
Masih mencari kekuatan, peristiwa suaminya yang kini dijatuhkan hukuman oleh mahkamah disebabkan kes rogol baru-baru ini.
Ketika itu adalah memang waktu saya sangat perlukan sokongan sebab saya sedang mencari kekuatan. Nak bangunkan semula kekuatan mental dan spiritual saya dan kadang-kadang kita terlupa untuk bangunkan kekuatan fizikal juga.
Terdahulu, Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium 5 tahun lalu.
Difahamkan pendakwah selebriti itu dibebaskan sementara waktu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source