MPC tekad dominasi laluan KL-Melaka
BENTONG – Pengarah Sukan Malaysia Pro Cycling, Sayuti Zahit enggan ‘episod’ kegagalan berulang pada peringkat kelima siangan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang bermula di Kuala Lumpur ke Melaka esok.
Menurut Sayuti, prestasi yang kurang memberangsangkan pada peringkat keempat dari Kuala Kubu Bharu hingga Bentong petang tadi agak mengecewakan.
Sayuti berkata, barisan pelumba MPC sering berlatih di kawasan Bukit Hantu serta Mantin sekali gus dalam sasaran untuk memburu gelaran Raja Bukit pada saingan peringkat kelima sejauh 167.3 kilometer (km)
“Kita punya kesilapan tadi (petang tadi) semasa 25km terakhir ketika mengambil minuman. Kita agak lambat ketika itu kerana mereka (peloton) tengah laju dan agak tercicir sikit dan mereka cuba kejar tetapi tidak dapat.
“Itu (Kuala Lumpur-Melaka) kita punya tempat latihan jadi kita tidak ada masalah dengan zon pendakian seperti Bukit Hantu dan Mantin.
“Sebab semenangnya tempat latihan kami di situ,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.
Sementara itu, pelumba pendaki, Muhammad Zawawi Azman tekad untuk menebus kembali prestasi hambarnya di peringkat kelima hari ini selepas mengalami kekejangan otot pada 10km terakhir. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source