“Boleh Pesongkan Akidah” – Terikut-Ikut Nyanyi Lagu ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya, Siapakah Dia Abuya’, Ini Nasihat Mufti Kelantan
Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan kesemua yang mempunyai akaun media sosial terikut-ikut menyanyi lagu ‘Pasar Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya’.
Bahkan, ada yang menggunakan lagu tersebut di TikTok sebagai parodi dan perkara tersebut telah menarik perhatian Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.
Beliau menasihati orang ramai untuk tidak terikut-ikut dengan lagu yang dihasilkan oleh pihak GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa kepada ajaran sesat.
Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial. Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah.
Sebelum ini, pihak polis telah mengambil tindakan secara besar-besaran terhadap rumah kebajikan yang melibatkan pihak GISBH di Selangor serta Negeri Sembilan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source